Terms & Conditions - Lensa Official
TEMPAHAN & HARGA
Sebarang 'Free items' yang ditawarkan di dalam pakej atau oleh pihak LENSA OFFICIAL
tidak boleh ditukar kepada bentuk wang tunai atau digunakan sebagai diskaun jika
pelanggan tidak berminat dengan item tersebut.
Pelanggan juga tidak boleh membangkitkan isu sekiranya sebarang free item yang
ditawarkan lambat untuk diproses.
Sekiranya semasa sesi 'Free Outdoor' dijalankan ketika waktu hujan, pihak LENSA OFFICIAL
akan mengadakan sesi tersebut secara indoor @ sebarang persetujuan tempat antara
pelanggan dan photographer. 'Free Outdoor' tidak boleh ditukar kepada tarikh lain
kecuali pihak pelanggan bersetuju untuk membayar bayaran tambahan.
Jarak maksimum untuk sesi 'Free Outdoor' dari lokasi majlis ke lokasi outdoor adalah 20
KM atau bersamaan dengan 30 minit perjalanan. Sekiranya lebih daripada jarak tersebut
caj tambahan akan dikenakan berdasarkan persetujuan pelanggan dan photographer LENSA
OFFICIAL.
PEMBATALAN & TUKAR TARIKH
Sebarang deposit yang dilakukan tidak akan dipulangkan.
Deposit RM200 untuk tempahan tarikh.
Sekiranya ada sebarang pertukaran tarikh majlis, pihak pelanggan hendaklah memaklumkan
kepada pihak LENSA OFFICIAL secepat mungkin.Pembatalan disebabkan oleh tiada
photographer yang tersedia pada tarikh tersebut, pihak LENSA OFFICIAL akan mengembalikan
deposit sebanyak 50%.
TANGGUNGJAWAB , LIABILITI & KEMALANGAN
Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kecemasan atau sebarang musibah,
terhadap photographer LENSA OFFICIAL. Pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk mencari
pengganti dan sekiranya tiada, pihak kami akan mengembalikan deposit kepada pihak
pelanggan.
LENSA OFFICIAL tidak bertanggungjawab sekiranya photographer gagal menangkap gambar
semasa majlis jika pelanggan tidak memberikan maklumat mengenai siapa yang mesti
disertakan dalam penggambaran.
LENSA OFFICIAL tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan photographer disebabkan
alamat yang tidak lengkap , alamat yang salah , maklumat yang salah, atau perubahan saat
akhir yang menyebabkan photographer tidak dapat mencari lokasi majlis.
Jika berlaku sesuatu di luar kawalan LENSA OFFICIAL (seperti kehilangan kad memori,
kecurian, kerosakan kamera, kegagalan sistem penyimpanan dan sandaran), LENSA OFFICIAL
akan memulangkan pembayaran yang telah dibuat oleh pelanggan. Walau bagaimanapun, LENSA
OFFICIAL tidak akan bertanggungjawab ke atas foto yang telah diberikan kepada pelanggan
semasa pengambilan produk. LENSA OFFICIAL akan menyimpan foto 'RAW' pelanggan selama 14
hari dari tarikh pengambilan produk oleh pelanggan.
PRODUK AKHIR
Hasil suntingan gambar akan dihantar dalam tempoh paling awal 1 minggu hingga ke 5
minggu. Walau bagaimanapun, tempoh penghantaran ini bergantung kepada jumlah tempahan
yang diterima oleh LENSA OFFICIAL. Sekiranya pihak LENSA OFFICIAL terlibat dengan proses
pengambaran yang banyak dalam satu tempoh , kemungkinan besar tempoh penghantaran akan
melebihi 5 minggu. Kami akan memaklumkan kepada pelanggan sekiranya terdapat sebarang
kelewatan yang dijangka.
Gambar suntingan penuh akan diberikan melalui link Google Photo dan tempoh sah link
tersebut hanyalah selama 6 bulan selepas dari semua gambar berjaya disiapkan. Pelanggan
disarankan untuk membuat backup sendiri.
Tempoh untuk siap Album @ Photobook minimum 2 bulan dan paling lambat adalah 6 bulan.
Color tones, konsep dan jenis photography adalah seperti portfolio LENSA OFFICIAL.
Sekiranya pelanggan mempunyai permintaan konsep dan color tones tersendiri boleh
berbincang dengan pihak LENSA OFFICIAL. Disarankan sebelum dari tarikh majlis dan proses
editing.
HAK PENERBITAN & HAK CIPTA
Pelanggan mengakui bahawa LENSA OFFICIAL adalah pengarang gambar dan pemilik tunggal
semua hak cipta yang kekal sebagai harta eksklusif.
Pelanggan dengan ini membenarkan LENSA OFFICIAL untuk memaparkan sebarang gambar dari
majlis mereka sebagai portfolio LENSA OFFICIAL dan mempromosikan perniagaan dalam iklan,
laman web, media sosial, dan lain-lain.